SELAMAT DATANG

Selamat Hari Guru kepada Semua Warga Pendidik

Wednesday, 11 May 2011

Contoh Karangan Autobiografi

Aku Sebuah Basikal

            Aku ialah sebuah basikal yang berjenama LERUN. Aku dilahirkan di sebuah kilang yang terdapat di Selangor Darul Ehsan. Pada suatu hari, aku telah dihantar ke sebuah kedai basikal di Kota Kinabalu,Sabah.
Aku dihantar ke Kota Kinabalu dengan menggunakan kapal terbang. Setelah aku sampai di lapangan terbang Kota Kinabalu, aku diangkat dan dimasukkan ke dalam lori lagi dan dihantar ke kedai. Kedai itu dikenali sebagai CHILDREN SHOP. Di sini, aku dipamerkan kepada orang ramai. Ramai pelanggan yang tertarik dengan kelebihanku tetapi mereka tidak mampu untuk membeliku kerana aku dijual dengan harga yang mahal, iaitu RM450.
           Pada suatu hari, seorang remaja lelaki yang kacak telah membeliku. Dia membayar duit kepada penjual lalu membawa aku pulang ke rumahnya. Remaja yang kacak itu bernama Kevin.
Kevin selalu menggunakan aku ke sekolah dan bersiar-siar di sekitar bandar Kota Kinabalu. Aku juga selalu dibawa bersiar-siar di tepi pantai. Aku berasa sangat bangga kerana dapat berkhidmat untuk kepada tuanku.    
         Aku dijaga dengan begitu rapi sekali. Setiap hari, aku dibersihkannya.
Setelah beberapa tahun kemudian, badan-badanku telah berkarat. Cat di badanku juga telah tiada. Aku tidak secantik dulu lagi.
        Kini aku telah ditempatkan di bangsal kereta ayah kevin. Di sinilah aku menghabiskan sisa-sisa hidup aku sebagai sebuah basikal.

No comments:

Post a Comment